• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

MISI Perkasa Bakat dengan Kemahiran Menyelenggara dan Membaiki Dron

Spread the love

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2025Malaysian Indian Skills Initiative (MISI) meneruskan matlamat untuk memperkasa bakat masyarakat India dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran bernilai tinggi melalui Program Kecekapan Penyelenggaraan dan Pembaikan Dron. Sesi latihan yang diadakan bermula 16 hingga 20 Februari 2025 di Institut Latihan Perindustrian Perai, Perai, Pulau Pinang tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang industri dengan mempersiapkan peserta untuk peluang menjana pendapatan dalam sektor dron yang berkembang pesat.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan, sekali gus menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap latihan dron yang khusus selain membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kemahiran bakat bangsa India di Malaysia untuk kerjaya masa hadapan.

Sebagai satu inisiatif di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Human Resource Development Corporation (HRD Corp), MISI telah berjaya menarik lebih 6,000 peserta untuk mendaftar dalam bidang-bidang yang tinggi permintaannya seperti Kecerdasan Buatan, Pertanian Pintar dan Teknologi Dron sejajar dengan keperluan industri terhadap tenaga mahir.

Dengan industri dron yang semakin berkembang pesat dalam sektor pembinaan, pertanian, infrastruktur serta perlombongan, pakar penyelenggara dan pengendali dron yang bertauliah mampu untuk mengakses peluang pekerjaan yang lebih baik, berpendapatan lebih tinggi di samping mempunyai peningkatan kerjaya yang lebih luas.

Latihan selama lima hari (40 jam), yang diperakui oleh The Institute of Drone Technology (IDT), Australia, memberi peserta pengalaman secara langsung dalam pembaikan, penyelenggaraan serta operasi dron autonomi, memastikan mereka memenuhi piawaian keselamatan industri global.

Seorang daripada peserta, R. Narrendra, 20 turut melahirkan penghargaan terhadap inisiatif tersebut dengan mengatakan inisiatif seumpama ini mampu memperkasakan tenaga kerja untuk berada di barisan hadapan inovasi.

“Teknologi dron sedang membentuk masa depan pelbagai industri, dan dengan penggunaan dron yang meluas dalam sektor pertanian serta perkhidmatan pemantauan, pensijilan ini memberi saya kelebihan daya saing dalam mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Seorang lagi peserta turut menyatakan keterujaannya terhadap program ini. K. Nalan, 20, yang sedang meneroka pilihan kerjaya berkata, program berkenaan membuka peluang baharu untuk meneroka pekerjaan dalam sektor teknologi.

“Saya sangat teruja dengan peluang ini. Terima kasih Kerajaan Madani.” Tambahnya.

Dron, atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), sedang merevolusikan operasi perniagaan dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos, dan mempertingkatkan keselamatan.

Program ini bukan sahaja melatih peserta dalam penyelenggaraan serta pembaikan dron tetapi juga membekalkan mereka dengan pengetahuan penting mengenai operasi dron autonomi – memastikan mereka sentiasa berada di hadapan dalam landskap teknologi yang semakin berkembang.

Impak MISI melangkaui aspek pekerjaan, merangkumi keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat serta kemajuan kerjaya, memastikan kejayaan jangka panjang bagi masyarakat India Malaysia. Dengan memperkasakan individu, terutamanya mereka yang berpendidikan menengah atau lebih rendah, inisiatif ini sejajar dengan matlamat MISI untuk memperkasa masyarakat India Malaysia melalui pembangunan kemahiran, pembelajaran sepanjang hayat, dan peluang pekerjaan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation