• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

FGV sumbang RM5juta kepada NADMA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2022 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menerima sumbangan sebanyak RM5juta daripada Pengerusi FGV Holdings Berhad (FGV), Dato’ Dzulkifli Abd Wahab di Parlimen sebentar tadi. Sumbangan tersebut diterima bagi pihak NADMA oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Menurut NADMA dalam satu kenyataan hari ini, sumbangan itu amat dihargai, apatah lagi dengan situasi bencana yang melanda di pantai timur semenanjung ketika ini.

Sebagai makluman, sehingga jam 12 tengah hari tadi terdapat 65,139 mangsa terkesan banjir yang direkodkan sedang berlindung di 464 Pusat Pemindahan Sementara di seluruh negara.

“Sejak beberapa tahun lalu, FGV telah melaksanakan inisiatif membantu rakyat Malaysia dengan memberikan bantuan ketika bencana banjir. Ini termasuk pemberian bantuan semasa dan pasca bencana dalam bentuk wang tunai atau sumbangan makanan melalui FGV Food Relief Bag (FGV FReB) yang mengandungi produk makanan FGV dengan tujuan untuk memberi bantuan sementara kepada mangsa banjir.

Selain dari Bantuan Wang Ihsan (BWI), TBBN yang merupakan tabung di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) turut digunakan untuk memastikan persediaan, kesiapsiagaan dan operasi bencana termasuk banjir monsun timur laut berada dalam keadaan optimum demi kesejahteraan rakyat. Peruntukan turut disalurkan kepada negeri-negeri dan agensi-agensi yang berkaitan.

Penubuhan TBBN ini antara lain adalah untuk menggalakkan sumbangan pihak swasta, badan sukarela, pertubuhan serta orang perseorangan atas prinsip pengurusan bencana negara adalah tanggungjawab semua anggota masyarakat.” kata NADMA.

Tambah NADMA, Surat Ikatan Amanah KWABBN, membenarkan penerimaan sumbangan dana daripada orang ramai bagi tujuan pengurusan dan bantuan-bantuan bencana negara.

“TBBN di bawah KWABBN dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA, JPM). Sumbangan ke TBBN layak mendapat pelepasan cukai.” kata NADMA.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation