Banjir : Peruntukan RM50 juta masing-masing disalurkan ke Kelantan dan Terengganu
KELANTAN 21 Disember 2022 – Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Negeri Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.
Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di sini hari ini, jumlah keseluruhan bantuan untuk kedua-dua negeri adalah sebanyak RM100 juta.
Bantuan tersebut adalah sebagai pemberian wang ihsan dan perincian adalah seperti berikut:
- RM1,000.00 (Ringgit Malaysia satu ribu) kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS); dan
- RM10,000.00 (Ringgit Malaysia sepuluh ribu) kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir (bayaran diberikan kepada KIR).
Terdahulu di Putrajaya petang tadi, Anwar mengumumkan pembatalan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023.
Katanya, ia dibatalkan setelah mengambilkira bencana banjir yang menimpa sebahagian negara pada ketika ini.
Be the first to leave a comment