• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Intipati Sidang Media PM PASCA Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan

Spread the love

PUTRAJAYA, 21 DISEMBER 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa sidang Parlimen yang berlangsung baru-baru ini memberi tumpuan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi setelah mendapat mandat yang lebih jelas setelah beliau memperolehi undi percaya yang besar.

Katanya dalam satu sidang media semalam, keutamaan juga segi urus tadbir kerajaan yg cekap bagi mengatasi masalah kelulusan permohonan perniagaan supaya lebih pantas.

“Kementerian Sumber Manusia dan Dalam Negeri perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan.” katanya.

Anwar turut memaklumkan bahawa berkenaan soal MA63, Timbalan Perdana Menteri diberi tempoh satu bulan utk memaklumkan status kemajuannya.

“Sehingga kini, perkembangan yang jauh lebih baik telah dicapai, termasuklah hak kawal selia gas daripada Petronas dipindahkan kepada kerajaan Negeri Sabah.” ujarnya.

Anwar turut berkata Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan, manakala Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) kini sedang diteliti bagi mengelak pertindihan tugas dan tanggungjawab.

Anwar turut mengumumkan pembatalan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023.

Katanya, ia dibatalkan setelah mengambilkira bencana banjir yang menimpa sebahagian negara pada ketika ini.

Mejawab soalan daripada media, Anwar menjelaskan bahawa projek ECRL yg terikat dgn perjanjian lama akan diteruskan.

Ktanya walaupun ada beberapa penjajaran baru, kerajaan berjaya mengunjurkan penjimatan sebnyak RM 11.01 billion daripada kos asal sebanyak 85.87 billion.

Mengulas mengenai perlantikan ke jawatan utama dalam GLC dan GILC, Anwar berkata ia akan terikat dengan beberapa syarat seperti profesional dalam bidang-bidang berkenaan dan mempunyai rekod perkhidmatan lampau yang cemerlang.

Katanya, penelitian terhadap perkara ini sedang diambil perhatian serius termasuklah kalangan ahli politik.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation