KUANTAN, 25 Disember 2022 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah mengadakan lawatan kerja di Kuantan bagi meninjau operasi pembungkusan minyak masak polibeg 1kg bersubsidi di Syarikat Palma Unggul Enterprise, Kuantan, pemilik jenama minyak masak Cap Ikan Emas.
Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut telah beroperasi sejak tahun 2018 dengan pengeluaran kira-kira 10 metrik tan sehari atau 200 metrik tan sebulan.
“Minyak masak keluaran syarikat ini kemudian diedarkan kepada Pemborong, Pasaraya dan Peruncit di sekitar Kuantan. Sebagai rekod, sejumlah 300 syarikat pembungkusan minyak masak telah dilesenkan oleh kerajaan untuk membungkus kira-kira 60,000 metrik tan minyak masak bersubsidi sebulan ke dalam kemasan 1kg polibeg dalam program Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS).” kata KPDN.
Seterusnya lawatan dilakukan ke Stesen Minyak Shell Taman Tas bagi pemeriksaan dan pengujian penentusahan Pam Dispenser Minyak di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.
“Tujuan pemeriksaan ini bagi memastikan bacaan liter minyak yang diisi dan nilai yang dibayar oleh pengguna adalah tepat. Selain itu, lawatan ini juga merupakan libat-urus bagi mendapatkan input dan data pengoperasian daripada pengusaha stesyen minyak.” kata KPDN.
Seterusnya, Fuziah telah mengadakan pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di Pasaraya Fresh Choice yang telah memasuki hari ketiga pelaksanaannya.
Menurut KPDN, tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk melihat sendiri tahap pematuhan peniaga terhadap pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Krismas 2022 selain mendapatkan maklumat yang jelas berhubung isu dan permasalahan yang berlaku di lapangan khususnya berkaitan harga barangan dan situasi bekalan keperluan ketika ini.
“Selain itu, lawatan ini juga antara lain bertujuan untuk memaklumkan kepada rakyat tentang langkah Kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup (COL) dan kenaikan harga barangan.” kata KPDN.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment