2 JANUARI 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menerbitkan satu lagi video menarik yang memaparkan jenis-jenis pelancong yang ada dan sekaligus menasihatkan kita supaya menjadi pelancong yang baik.
“Setuju tak kalau kami kata terdapat pelbagai ragam pelancong yang kita boleh jumpa. Tak payah tinjau jauh-jauh, tengok perangai diri sendiri dan kawan-kawan semasa melancong pun dah macam-macam ragam kan?
Tapi tidak apa, janji kita tak kacau orang betul tak? Apa-apa pun, pesanan kami jadilah pelancong yang bijak dan elakkan menjadi mangsa penipuan dan jaga keselamatan walau di mana anda berada.
Hormati tempat orang dan jagalah nama baik Malaysia.” kata MOTAC dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Tabiat pelancong yang dikongsi di dalam video tersebut adalah :
1. Bawak Banyak Barang Tapi Tak Guna Pun
2. Pack Light Tapi Asyik Tinggal Barang
3. Suka Plan Trip Last Minute
4. Jenis Pastikan Semua Ikut Jadual
Untuk pelbagai tips menarik dan info tekini pelancongan, seni & budaya jangan lupa layari laman web rasmi MOTAC di www.motac.gov.my serta platform media sosial rasmi mymotac.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment