• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

SABERKAS bantu tingkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi

Spread the love

Berita Oleh: Mohd Saufi Omar (JaPen Kapit)

KAPIT, 5 Februari 2023 – Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dilihat dapat membantu meningkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam sempena Program Siri Jelajah Lawatan dan ‘Outreach’ Suku Kedua SABERKAS di Kapit.

Dato Seri Alexander Nanta Linggi semasa memberikan ucapan. Foto Oleh : Daniel Jong (JaPen Kapit)

“Ekonomi merupakan sesuatu yang penting bagi sesebuah negara dan wanita memainkan peranan yang penting dalam aktiviti ekonomi negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif,” ujarnya lagi.

Beliau turut menekankan, wanita bukan lagi hanya pendukung dan penyokong kepada keputusan yang diambil oleh kaum lelaki, namun wanita juga boleh terlibat dalam membuat keputusan dasar dalam pelbagai bidang sejajar dengan arus globalisasi masakini.

Nanta juga mengucapkan syabas kepada 150 orang peserta program yang terdiri daripada ahli Wanita SABERKAS Cawangan Pelagus, Katibas, Bukit Gotam dan Baleh, ahli PEMADAM, Wanita GPS, ahli Wanita Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) kerana telah berjaya mengikuti program hari ini yang telah mendedahkan mereka kepada aktiviti keusahawanan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation