• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PERDANA MENTERI DIBERI KAD MEDIA SEBAGAI MENGHARGAI SUMBANGAN BELIAU DALAM MEMARTABATKAN LAGI KEBEBASAN MEDIA

Spread the love

IPOH, 28 Mei 2023 – Sebagai penghargaan kepada usaha Perdana Menteri dalam memartabatkan kebebasan media di Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media (Media Accreditation Card) katogeri Emas (Gold) Jabatan Penerangan Malaysia daripada YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) sempena Hari Wartawan Nasional 2023 atau HAWANA disini.

Turut hadir pada majlis ini yang diadakan di reruai JaPen sempena HAWANA 2023 di Hotel Casuarina@Meru ialah YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi & Digital.

Kad Perakuan Media (KPM) Jabatan Penerangan Malaysia merupakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media yang telah didaftarkan dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi melalui Jabatan Penerangan Malaysia untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan.

Terdapat lima kategori warna KPM yang dikeluarkan iaitu warna hijau mewakil media rasmi kerajaan, warna biru mewakili media tempatan (cetak dan elektronik), warna kelabu mewakili media digital, warna merah mewakili media antarabangsa dan warna emas kepada pegawai penyelaras media.

Purata tahunan pengeluaran bagi permohonan baharu dan memperbaharui KPM oleh pengamal media di Malaysia adalah sebanyak 3,000 keping setahun.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation