PUTRAJAYA, 20 Julai 2023 – Kumpulan Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd telah mewartakan pelan pembangunan Pusat Beli-Belah Alamanda yang kini mengukuhkan lagi komitmen untuk memberi pengalaman yang terbaik buat para pelanggan di Putrajaya.
Ini merupakan pembaharuan terbesar untuk Pusat Beli-Belah Alamanda sejak pembukaannya pada tahun 2004. Proses pembangunan telah pun bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat tahun 2024. Projek pengubahsuaian ini merupakan projek pembangunan yang terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis, Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini.
Projek pengubahsuaian ini akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan penambahan keluasan “Net Lettable Area (NLA)” sebanyak 50,000 kaki per segi, pembaharuan Alamanda ini bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih sempurna.
Sejajar dengan usaha penambahbaikan ini, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan yang menarik untuk setiap lapisan umur. Antara pembaharuan yang bakal diperkenalkan adalah pawagam mesra keluarga dan pusat boling serba baharu. Sebuah taman pengembaraan juga bakal diperkenalkan yang menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan untuk seluruh keluarga dan rakan taulan.
Projek pembangunan semula ini juga akan membawakan pembaharuan landskap dari sudut rekabentuk dan penggunaan. Ianya akan dilengkapi dengan pelbagai konsep tumbuhan hijau serta ruang santai dan rehat yang menjadikan kawasan luar Pusat Beli-Belah Alamanda lebih bermanfaat.
Penambahbaikan dalaman akan menampakkan suasana moden dan elegan. Pusat Beli-Belah Alamanda bakal dikemaskini dengan lantai marmar dan selusur tangan serba baharu menampilkan kemasan moden.
Selain daripada pelbagai unsur menarik yang diperkenalkan, projek naik taraf ini juga akan menyediakan ruang legar khusus untuk pelbagai aktiviti penglibatan masyarakat, menyokong barisan rakan perniagaan yang secara tidak langsung mampu menggalakkan kehadiran pengunjung. Alamanda juga akan menambahbaik blok-blok parkir bagi melancarkan lagi aliran trafik yang mengambilkira peningkatan kehadiran pelanggan.
“Alamanda sentiasa menjadi suatu tempat yang bukan hanya dilihat sebagai Pusat Beli-Belah. Ianya juga merupakan tempat di mana keluarga, sahabat handai dan seluruh komuniti berkumpul untuk meluangkan masa bersama,” menurut Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
“Pembangunan semula ini pastinya dapat meningkatkan daya tarikan dan Alamanda akan sentiasa berada dekat di hati. Kami memperincikan semula kemasan dalaman untuk memberikan rupabentuk dan suasana yang baharu. Transformasi ini
bakal mengangkat Alamanda sebagai hub komuniti yang lebih meriah dan menjadi pilihan pengunjung,” tambah beliau.
Pusat Beli-Belah Alamanda dihubungkan oleh tiga lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Mex (MEX) dan juga Lebuhraya PLUS bagi memudahkan para pelanggan untuk mengunjunginya, di samping sistem perhubungan awam yang kondusif. Kedudukan demografinya yang strategik, di mana selain permastautin, terdapat lebih 76,000 pekerja professional dan 147,000 jumlah pelajar, daripada setiap lapisan golongan dan umur di sekitarnya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment