• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak

Spread the love

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Akhbarnya memaklumkan bahawa Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Terdahulu, beliau dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam Jumaat, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.

Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.

Pihak Pejabat beliau juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation