Gempa bumi kuat di luar pantai barat utara Sumatera
Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Luar Pantai Barat Utara Sumatera pada pukul 1:19 petang tadi.
Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 1:19 petang, 30 Disember 2023 |
Koordinat | : 2.5° Utara 93.0° Timur |
Lokasi | : Luar Pantai Barat Utara Sumatera |
Magnitud | : 6.0 |
Jarak | : 323km Barat dari Simeulue,Indonesia |
Kedalaman | : 19 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Be the first to leave a comment