• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa 3 Januari

Spread the love

PUTRAJAYA, 4 JANUARI 2024 – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam telah bersetuju dengan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Menurut Kementerian dalam satu kenyataan hari ini, ia dilaksanakan secara berfasa seperti berikut:

  • Fasa 1 – penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024; dan
  • Fasa 2 – penyerahan SESB dalam tempoh 7 tahun yang dijangka selesai pada tahun 2030.

“Keputusan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963.

Dengan pelaksanaan pemindahan kuasa kawalselia tersebut, Kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri Sabah dengan sendiri.

Walaupun demikian, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada Kerajaan Persekutuan.” kata kenyataan tersebut.

Kerajaan Persekutuan turut berharap selepas penyerahan tersebut, Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa komited dalam menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri berkenaan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation