Kementerian Ekonomi telah menyediakan hotline untuk sebarang pertanyaan berkaitan Pangkalan Data Utama (PADU) di talian 1-800-88-7720.
Orang ramai juga boleh melayari laman web https://padu.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai PADU atau imbas kod QR untuk melihat senarai lokasi kaunter PADU.
Sistem PADU merupakan pangkalan data yang menjadi inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perancangan dan pengagihan sumber supaya dapat disalurkan secara bersasar serta bermanfaat kepada isi rumah rakyat Malaysia dalam kategori berkelayakan.
Sistem tersebut juga dibangunkan bagi mewujudkan mekanisme penjimatan sumber dan meningkatkan projek sosioekonomi yang mampu memberi impak maksimum kepada rakyat.
Be the first to leave a comment