8 Januari 2024 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat sembilan (9) daerah di dua (2) negeri (Pahang dan Johor) masih dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 8,578 dalam tempoh 24 jam (berbanding 465 mangsa pada 7 Januari 2024).
Menurut NADMA, ia melibatkan 2,376 keluarga yang ditempatkan di 78 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka bertambah berbanding 11 PPS pada 7 Januari 2024.
“Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Johor, iaitu Kota Tinggi (3,796 mangsa), Johor Bahru (1,837 mangsa) dan Kluang (1,635 mangsa).” kata laporan itu.
Dalam pada itu, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga 9 Januari 2024 serta di Sarawak sehingga 12 Januari 2024.
“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.” kata NADMA.
Be the first to leave a comment