KUALA LUMPUR, 20 Januari 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengeluarkan kenyataan merujuk kepada kes pengubahan wang haram (AMLA) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang telah ditetapkan September depan untuk pihak Pendakwa Raya membuat keputusan sama ada akan memberikan DNAA (melepaskan tanpa membebaskan) atau tidak kepada tertuduh.
Dalam kenyataan tersebut BERSIH berkata, isu pemberian DNAA – (melepaskan tanpa membebaskan) oleh Peguam Negara ini bukan perkara baharu, malah pernah berlaku beberapa kali melibatkan ahli-ahli politik daripada hampir semua parti politik utama dalam negara.
“BERSIH khuatir perkembangan ini akan meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada institusi penguatkuasaan undang-undang khususnya pejabat Peguam Negara. Kenyataan Peguam Negara pada 15 Januari 2024 bahawa pendakwa raya tidak perlu memberi penjelasan apabila memohon menarik semula dakwaan adalah tidak boleh diterima sama sekali apabila kes itu melibatkan kepentingan awam dan ahli politik di peringkat tertinggi pentadbiran negara.
Justeru, BERSIH bersama rakan-rakan NGO dan anak muda pada hari ini mengadakan satu tunjuk rasa (flashmob) untuk memberi peringatan awal dengan menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk Peguam Negara menghentikan segera pemberian DNAA (melepaskan tanpa membebaskan) kepada kes-kes rasuah khususnya yang melibatkan ahli politik.” kata kenyataan tersebut.
Mereka menggesa supaya individu-individu yang sedang berhadapan tuduhan kes rasuah mempertahankan diri dan dibicarakan dengan seadilnya di hadapan mahkamah, dan bukannya digugurkan tuduhan mereka dengan ‘pengurniaan’ DNAA.
“Desakan ini penting sementara menanti hasil kajian taskforce oleh Kerajaan Persekutuan berkenaan cadangan untuk memisahkan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Seiring dengan itu, BERSIH menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan garis masa pelaksanaan pemisahan bidang kuasa ini serta agenda-agenda reformasi lain termasuk reformasi SPRM dan Akta Pendanaan Politik.
Bersih ingin mengingatkan Kerajaan Persekutuan tentang janji-janji dan prinsip reformasi yang diperjuangkan oleh mereka sebelum memegang tampuk kuasa. Rakyat sedang memerhati dan sekiranya pemberian DNAA untuk kes rasuah sebegini berterusan, kepercayaan rakyat terhadap institusi awam bakal dihakis.
Jangan ambil ringan gelombang kemarahan rakyat!” tegas BERSIH.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment