Gempa bumi kuat di Kepulauan Vanuatu
Satu kejadian gempa bumi kuat berlaku di Kepulauan Vanuatu pada jam 10:33 malam semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 10:33 malam, 23 Januari 2024 |
Koordinat | : 17.9° Selatan 168.0° Timur |
Lokasi | : Kepulauan Vanuatu |
Magnitud | : 6.4 |
Jarak | : 833km Selatan dari Lata,Solomon Islands |
Kedalaman | : 90 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Be the first to leave a comment