Oleh JomCheck
JomCheck menerima pertanyaan tentang keabsahan mesej berantai menyatakan status halal restoran McDonald’s, KFC, Dominos Pizza, Pizza Hut dan Starbucks di Amerika Syarikat telah ditarik balik.
Dua organisasi yang dikatakan terlibat dengan penarik balikan status halal restoran di atas adalah Muslim Judicial Council (MJC) dan International Qur’anic Studies Association (IQSA).
JomCheck telah membuat semakan dan menggabungkan hasil carian kami dengan semakan yang dibuat portal semakan fakta dari Indonesia iaitu Tempo.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: MJC dan IQSA tidak terlibat dalam pemberian sijil halal di Amerika Syarikat, apatah lagi berkuasa untuk menarik balik sebarang status halal di sana.
Sumber: https://bit.ly/3Om9rst
Isu yang perlu diberikan perhatian adalah:
a. Hantaran berkenaan adalah hantaran berulang sejak dari 2018 dan bermula di Indonesia mengaitkan pelbagai organisasi Islam termasuk Majelis Ulama Indonesia (MUI).
b. Kemudian, hantaran tersebut mula tular di Malaysia apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia namun masih mengekalkan beberapa istilah Indonesia.
c. MJC hanya terlibat dalam urusan pengesahan halal di Afrika Selatan sahaja dan telah mengeluarkan satu kenyataan penafian pada 19 Januari 2018.
d. IQSA pula hanyalah sebuah komuniti intelektual Al-Quran dan tidak terlibat dalam urusan pemberian status halal kepada mana-mana pihak.
e. Dalam konteks negara Malaysia, kesemua syarikat yang dinyatakan juga adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
f. Anda juga boleh melakukan semakan status halal sesebuah syarikat di sini: https://www.halal.gov.my/v4
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment