Tuduhan Limau Mandarin disuntik Minyak Babi adalah Isu Berulang

Spread the love

Oleh JomCheck

Sampai ke talian JomCheck satu tangkap layar kononnya, limau mandarin yang popular pada sambutan Tahun Baru Cina telah disuntik dengan minyak babi.

Ia turut menuduh masyarakat berbangsa Cina sendiri tidak memakan limau mandarin berkenaan namun masyarakat Melayu memakannya kerana ia diedar secara percuma.

Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah melakukan semakan berkenaan dakwaan ini dan mendapati bahawa isu adalah tuduhan berulang dan pernah tular sebelum ini melalui sebaran video.

Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah melakukan semakan berkenaan dakwaan ini dan mendapati bahawa isu adalah tuduhan berulang dan pernah tular sebelum ini melalui sebaran video.

STATUS: TIDAK BENAR

PENJELASAN: Hasil carian mendapati video tersebut merupakan video milik syarikat penstriman dari China, Tencent yang memaparkan seorang lelaki sedang mengupas limau mandarin yang berulat tanpa sebarang audio percakapan seperti video tular.

Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=1930314

Kronologi isu limau mandarin yang sering berulang ketika Tahun Baharu Cina ini adalah:

a. Video yang tersebar adalah versi yang sudah diubah suai daripada versi asal yang disiarkan saluran Tencent di China.
b. Sejak tahun 2014 dan 2015 ia sudah disiarkan beberapa saluran YouTube disertai kapsyen seruan boikot.
c. Pada 2019, video ini kemudiannya ditambah naratif audio yang mendakwa limau mandarin dari China disalut minyak babi.
d. Pada tahun ini, tuduhan yang disebarkan menggunakan video sama berubah kepada ia disuntik minyak babi pula.
e. Secara kesimpulannya, dakwaan berkenaan adalah tidak berasas kerana menggunakan video yang tiada kaitan serta tanpa sebarang bukti kukuh.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, janganlah kita kongsi lagi video ini okay! Kalau anda jumpa maklumat yang diragui. WhatsApp kami segera di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Ikuti JomCheck Malaysia dalam talian:

Laman sesawang : jomcheck.org
Emel : check@jomcheck.org
FACEBOOK : https://www.facebook.com/jomcheck
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/jomcheck/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@jomcheckmy
X (Dahulu Twitter) : https://twitter.com/jomcheck

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation