Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia
Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Jawa, Indonesia pada jam 6:46 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 6:46 pagi, 22 Februari 2024 |
Koordinat | : 6.3° Selatan 114.0° Timur |
Lokasi | : Jawa, Indonesia |
Magnitud | : 5.4 |
Jarak | : 176km Timur Laut dari Surabaya, Indonesia |
Kedalaman | : 601 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Be the first to leave a comment