Gempa bumi kuat di Laut Savu
Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Savu pada pukul 11:04 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 11:04 pagi, 24 Mac 2024 |
Koordinat | : 9.9° Selatan 122.2° Timur |
Lokasi | : Laut Savu |
Magnitud | : 6.0 |
Jarak | : 161km Barat dari Kupang,Indonesia |
Kedalaman | : 90 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Be the first to leave a comment