KUALA LUMPUR, 4 April 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, secara rasminya mendedahkan kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’. Kajian ini mendapati 7 dalam 10 pengguna Gen Z berumur 18 ke 24 tahun menggunakan platform e-dagang sebagai titik sentuhan utama dalam perjalanan membeli-belah. Ini menunjukkan perubahan kritikal, dengan Gen Z secara aktif menggunakan platform ini untuk mengumpul maklumat dan menyelidik secara mendalam sebelum komited melakukan pembelian.
Hasil kajian mendedahkan Gen Z selalu memilih platform e-dagang untuk menyelidik dan menemui produk walaupun ada meneroka saluran alternatif yang lain. Kajian juga mendapati kadar melengkapkan pembelian di platform e-dagang lebih tinggi dalam kalangan Gen Z (68%). 18% Gen Z memilih untuk meneroka produk di platform dagangan sosial, sementara 14% memilih untuk melengkapkan transaksi lain melalui saluran lain.
Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan untuk Gen Z
Apabila ditanya “Apakah informasi yang dicari semasa membeli-belah untuk sesuatu produk?” 67% secara aktif mencari rekomendasi positif, mengutamakan review dari pengguna lain, dan sokongan produk dari pempengaruh. Pengesahan dari pihak luar yang selari dengan nilai mereka membantu membina kepercayaan mereka sebagai pengguna. Mereka melihat komunikasi jelas tentang manfaat dan keberkesanan produk sebagai justifikasi pembelian, mengutamakan produk yang membawakan nilai berbaloi daripada kemampuan milik (16%) dan kualiti (17%).
Dua pertiga Gen Z melengkapkan pembelian dalam masa sehari, sementara satu pertiga mendedikasikan sekurang-kurangnya lima hari untuk penyelidikan mendalam, menunjukkan tabiat penyelidikan yang teliti. Fasa penyelidikan ini mengutamakan review dan demonstrasi videountuk memastikan prestasi produk dan kepuasan pengguna.
Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia, berkata, “Gen Z di Malaysia adalah lebih daripada pembeli-belah dalam talian; mereka merupakan peneroka digital yang menggunakan e-dagang untuk membuat keputusan berinformatif. Mereka mahukan pengalaman membeli-belah yang lancar, boleh dipercayai, dan menyeluruh. Jenama boleh memupuk kepercayaan melalui kandungan yang dijana pengguna yang jujur dan informasi produk yang jelas, dan menggunakan maklumat ini dalam menggunakan saluran pasaran ‘affliate’ dan Shopee Live. Dengan mengutamakan keperluan mereka, kita boleh berterusan menjadi destinasi utama buat perjalanan membeli-belah Gen Z.
Menghidupkan Pengalaman Membeli-belah
Apabila bertanya kenapa Gen Z memilih platform e-dagang untuk membeli-belah, hampir 82% menyatakan pilihan meluas produk dan jenama, harga kompetitif, dan kualiti terjamin sebagai faktor penting. Sementara 18% membuat keputusan berinformatif berdasarkan reputasi platform dan pengalaman mereka sendiri. Ini menunjukkan cara membeli-belah Gen Z yang dipacu data di mana mereka aktif menggunakan fungsi platform untuk mengesahkan pembelian sebelum komited membeli.
Perbezaan ketara dalam kalangan pembeli Gen Z muncul dari segi fungsi yang paling memberi kesan dalam memilih saluran pembelian. Majoriti dua pertiga yang ditinjau mengutamakan agensi sah yang menawarkan amalan pemenuhan pembelian menyeluruh termasuk pilihan penghantaran yang fleksibel, penghantaran tepat waktu, penjejakan pesanan secara langsung. Sementara satu pertiga mengutamakan pengalaman ‘checkout’ yang lancar dan pencarian produk secara mudah.
Hasil kajian ini menunjukkan peranan kritikal amalan pemenuhan pesanan dalam menjamin kesetiaan Gen Z.
Sebagai respons terhadapa tingkah laku pembeli yang sentiasa berubah, Shopee telah memperkenalkan program 15 Hari Pemulangan Percuma, Tanpa Soal*. Polisi ini memperkasakan pembeli dengan menawarkan pemulangan “Perubahan Fikiran” untuk barangan yang layak dipulangkan tanpa soal* untuk pemulangan percuma secara lancar, lalu memupuk budaya yang mengutamakan kepercayaan pengguna. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Shopee menyelaraskan pengalaman membeli-belah untuk memastikan pengguna membeli-belah tanpa risau.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment