KUCHING, SARAWAK, 15 APRIL 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated Industries Berhad (“SCIB” atau “Syarikat) dengan sukacitanya mengumumkan kemajuan ketara dalam hubungan kontrak dengan Awana JV Suria Saga Sdn. Bhd. (“AWANA”), anak syarikat milik penuh SCIB, SCIB Properties Sdn. Bhd. (“SCIBP”) telah memeterai Penyelesaian komprehensif merangkap Perjanjian Pelantikan Kontraktor dengan AWANA.
Langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan SCIB dalam sektor pembinaan. Perjanjian baharu ini bukan sahaja menyelesaikan perselisihan kontrak dan kewangan sebelum ini tetapi juga meletakkan SCIBP sebagai Kontraktor Utama eksklusif untuk projek Cadangan Skim Perumahan Projek Penjawat Awam (“PPAM Muallim”). Projek penting ini menekankan kepakaran dan komitmen SCIBP untuk menyampaikan penyelesaian perumahan berkualiti tinggi untuk penjawat awam. Di bawah terma perjanjian baharu itu, AWANA telah mengakui keterhutangan kepada SCIBP.
Encik Ku Chong Hong, Pengarah Urusan SCIB, mengulas mengenai perjanjian itu: “Penyelesaian dan pelantikan baharu ini menandakan peristiwa penting bagi SCIB. Ia bukan sahaja mengukuhkan penghutang kewangan kami, tetapi ia juga mengembalikan semula peranan anak syarikat kami dalam projek utama yang menjanjikan sumbangan yang besar kepada portfolio kami Kami optimis dengan perkongsian baharu ini dengan AWANA dan yakin dengan keupayaan kami untuk melaksanakan projek PPAM Muallim pada standard tertinggi.”
SCIB kekal komited untuk mempertahankan piawaian tadbir urus dan ketelusannya yang tinggi, melalui pendedahan tepat pada masanya dan pematuhan kepada keperluan kawal selia berkenaan bantuan kewangan dan kemas kini projek.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment