Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Bersama Pelabur di New York dari 14 – 16 April 2024, bersempena dengan kehadiran beliau dalam Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund – IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group – WBG) 2024 di Washington D.C., Amerika Syarikat dari 17 – 19 April 2024.
“Pelabur menunjukkan minat yang tinggi untuk memahami asas dan potensi ekonomi Malaysia serta kemajuan melaksanakan agenda pembaharuan Ekonomi MADANI.
Keyakinan pelaburan lebih kukuh ekoran pembaharuan fiskal yang telah dilaksanakan Kerajaan termasuk mengurangkan defisit, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal serta penyasaran subsidi seperti elektrik dan air,” ulas Amir Hamzah.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), mesyuarat dan sesi dialog bersama pelabur kewangan dan pasaran modal tersebut diadakan untuk memberi penerangan mengenai kedudukan semasa ekonomi dan perancangan Kerajaan untuk terus mengukuhkan kewangan negara serta memudahcarakan pelaburan.
“Pertemuan bersama pelabur antarabangsa seperti pengurus dana dan bank pelaburan ini juga akan menjelaskan halatuju pelaksanaan kerangka Ekonomi MADANI.” kata MOF dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, pada 15 April, Amir Hamzah telah mengadakan sesi libat urus dengan para pelabur.
Manakala dalam sesi libat urus bersama pelabur yang dijadualkan di New York pada 16 April 2024, beliau dijangka akan bertemu dengan seramai 50 pelabur global pelbagai bidang industri dan perniagaan Amerika Syarikat.
Sesi libat urus itu adalah penting bagi memberi penjelasan mengenai perkembangan dasar-dasar utama Kerajaan termasuk pembaharuan fiskal untuk memastikan kemampanan fiskal dan hutang negara.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment