Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun
Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam 10:14 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 10:14 malam, 17 April 2024 |
Koordinat | : 33.2° Utara 132.4° Timur |
Lokasi | : Shikoku, Jepun |
Magnitud | : 6.3 |
Jarak | : 73km Timur dari Oita, Jepun |
Kedalaman | : 46 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Be the first to leave a comment