• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

Spread the love

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan Julina Johan, telah dilantik sebagai Ketua Pengarahnya berkuatkuasa hari ini.

Menurut JAPEN, Julina merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat daripada Universiti Putra Malaysia itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam kerajaan dan komunikasi strategik,

“Beliau telah memulakan karier sebagai penjawat awam pada tahun 1996. Dilahirkan di Johor, beliau merupakan Ketua Pengarah yang ke-19 dan wanita kedua yang dilantik menerajui JAPEN sejak penubuhannya pada tahun 1945.

Beliau sebelum ini telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), JAPEN pada tahun 2023. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi.” kata JAPEN.

Kata JAPEN lagi, melalui pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Julina, beliau diyakini akan dapat memperkasakan tatakelola serta meneruskan kecemerlangan JAPEN.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation