PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

Spread the love

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan lakaran fotofit seorang suspek di dalam kes simbah asid yang melibatkan pemain bola sepak Muhammad Faisal Abdul Halim.

Suspek tersebut dianggarkan berumur 30 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, mempunyai saiz susuk badan sederhana dan warna kulitnya adalah sawo matang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Insp. Jagachandran A/L Murugesen di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan juga boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu pdrm dalam mengesan suspek.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation