Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

Spread the love

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah premis pelacuran dalam Operasi Khas pada 23 Mei 2024 di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur. Operasi bermula pada jam 10.20 malam melibatkan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak.

Menurut Ketua Pengarahnya, Dato’ Ruslin Jusoh, berdasarkan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama tiga minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke premis dan menahan 37 orang perempuan warganegara Vietnam, tiga orang perempuan warganegara Indonesia, seorang perempuan warganegara Myanmar, lima orang lelaki warganegara Bangladesh, dua orang lelaki warganegara Vietnam, seorang lelaki warganegara India, seorang lelaki warganegara Pakistan dan seorang lelaki warganegara Indonesia. Kesemua 51 orang warganegara asing yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 24 hingga 54 tahun.

“Pasukan operasi telah merampas 19 naskhah pasport Vietnam, dua naskhah pasport Bangladesh, 4 empat botol minyak urut dan kondom.

Modus operandi kegiatan adalah menawarkan perkhidmatan urutan badan dan aktiviti pelacuran kepada warganegara asing dan tempatan. Perkhidmatan urutan badan dijalankan di tingkat bawah premis manakala aktiviti pelacuran dijalankan di tingkat satu. Pelanggan akan memilih perempuan warganegara asing untuk dilanggan dan bayaran akan dilakukan di dalam bilik di tingkat yang lain. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM80.00 hingga RM150.00 untuk satu jam. Premis ini telah beroperasi selama lebih kurang 30 tahun.” kata Ruslin.

Semasa serbuan dilakukan perempuan warganegara asing yang berada di premis cuba melarikan diri mengikut pintu belakang dan bersembunyi namun segala usaha itu berjaya dipatahkan oleh anggota serbuan. Terdapat juga pelanggan yang cuba melakukan provokasi dengan membuat bising dan cuba menghalang anggota melakukan penggeledahan namun tindakan tersebut turut berjaya dipatahkan.

Kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1966, Akta Pasport 1966 dan ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seramai lima orang lelaki warganegara Malaysia diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

“Jabatan Imigresen Malaysia akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).” tegas Ruslin.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation