• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Karnival Perpaduan Miri 2024: Menjulang Penyatuan dan Kepelbagaian Budaya

Spread the love

MIRI, 22 Jun 2024 – Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang hari ini merasmikan Karnival Perpaduan Miri bersempena dengan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024. Karnival tersebut merupakan satu platform yang mengetengahkan semangat perpaduan dan kesejahteraan hidup masyarakat berbilang kaum, agama, dan budaya di Malaysia selaras dengan tema ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.

Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) merupakan program utama di bawah kluster Semarak Perpaduan yang bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang . Kredit Foto : FB Kementerian Perpaduan Negara

“Karnival ini adalah platform terbaik untuk menonjolkan perpaduan serta kesejahteraan hidup masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia. Ia sekali gus mendidik masyarakat mendalami dan menghayati nilai perpaduan yang telah dikecapi sejak negara mencapai kemerdekaan.

Melalui program sebegini, masyarakat pelbagai kaum dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi khususnya berkaitan adat dan budaya pelbagai etnik di negara ini. SMP mampu menjadi wadah perpaduan dan tapak integrasi baharu yang berkesan sehingga ke peringkat akar umbi untuk memperkukuh sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat dalam usaha memelihara ekosistem perpaduan.” ujar Aron.

Beliau juga menyeru agar momentum kerjasama yang terbina menerusi siri jelajah SMP 2024 diteruskan ke Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) yang akan bermula pada Ogos sehingga September 2024 ini. Kementerian Perpaduan Negara menerusi agensi dibawahnya turut merancang 16 program utama sempena HKHM seperti Konvoi Perpaduan dan Kenali Budaya Kita, Majlis Memperingkati Negarawan, Konvensyen Sekretariat Rukun Negara, Kembara Merdeka Anak Malaysia, Semarak Muzium Sungai Lembing, Program Bermalam di Muzium, Sambutan Anak Merdeka, Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional serta Kem Anak Malaysia.

“Keharmonian perlu dipelihara, dipupuk dan diterapkan dalam diri bermula daripada diri sendiri dan kemudian diwariskan kepada generasi seterusnya. Kita semua perlu ingat, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation