KUALA LUMPUR, 1 Julai 2024 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa memastikan buah-buahan tempatan yang bernilai tinggi dapat dieksport ke pasaran luar negara.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu di Dewan Rakyat hari ini, usaha untuk mengeksport buah durian segar dari Malaysia ke China telah bermula sejak 3 Mac 2023 setelah akses pasaran buah nangka segar berjaya diperolehi daripada General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC).
Katanya dalam usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan akses pasaran eksport buah durian segar dari Malaysia ke China, KPKM dan Jabatan Pertanian (DOA) telah mengambil inisiatif seperti berikut:
“Dengan termeterainya protokol tersebut, telah membolehkan buah durian segar dieksport ke China. Susulan itu, KPKM melalui DOA sedang memuktamadkan format Sijil Fitosanitari bersama GACC serta mengemukakan senarai ladang dan fasiliti pembungkusan sedia ada yang telah mengeksport ke China kepada pihak GACC untuk kelulusan eksport durian segar dari GACC.
Hanya ladang dan fasiliti pembungkusan buah durian yang memohon dan berdaftar dengan DOA, mematuhi piawaian myGAP (Amalan Pertanian Baik) dan mendapat kelulusan daripada pihak GACC menerusi pematuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Protokol, dibenarkan mengeksport buah durian segar ke China.
KPKM menjangkakan proses kelulusan pendaftaran dengan GACC ini memerlukan tempoh selama dua (2) hingga tiga (3) bulan dan eksport buah durian segar dijangka bermula pada suku tahun ketiga tahun 2024.” ujar Mohamad.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment