• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 hala tuju industri buluh

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 – Bagi memastikan industri buluh negara terus dipertingkatkan, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Industri Perkayuan Negara (MTIB) telah menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 sebagai hala tuju.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sidang Dewan Rakyat hari ini, pelan tindakan itu memberi tumpuan kepada 5 teras strategik pembangunan iaitu:

    • Pengukuhan Dasar dan Perluasan Sumber;
    • Peningkatan Modal Insan, Kepakaran dan Kapasiti;
    • Pengukuhan Inovasi, Teknologi dan R&D&C (Research, Development & Commercialization);
    • Pemerkasaan Rantaian dan Jaminan Kualiti; dan
    • Pengukuhan Strategi Pemasaran dan Perkongsian Pintar.

    “Di bawah Pelan ini juga, Kementerian menyasarkan pengembangan pasaran eksport dan penggunaan domestik buluh sehingga RM85 juta menjelang tahun 2030.

    Perdagangan eksport buluh dan produk berasaskan buluh pada tahun 2023 berjumlah RM20.1 juta berbanding pada tahun 2022 sebanyak RM13.7 juta. Ini menunjukkan peningkatan 47.2% daripada tahun sebelumnya. Produk buluh negara yang dieksport adalah terdiri produk kumai (moulding), buluh bulat (round bamboo), tanggam (builders joinery and carpentry), arang, papan lapis, perabot dan barangan buluh yang lain (other articles of bamboo).” kata Johari.

    Katanya lagi, terdapat sebanyak 577 pengusaha yang terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraftangan. Jumlah keluasan ladang/tanaman buluh di Malaysia pula ialah 4,000.87 hektar.

    “Kementerian melalui anak syarikat milik penuh MTIB iaitu Forest Plantation Development Sdn. Bhd. (FPDSB) sedang membangunkan Makmal Tisu Kultur dan Tapak Semaian dan Penyelidikan Buluh seluas 1.72 hektar di Lahat, Perak. Tujuan penubuhan ini adalah untuk meningkatkan kemampuan penghasilan anak benih buluh berkualiti. Fasiliti ini dijangka mampu menghasilkan 300,000 anak benih buluh setahun dalam satu-satu masa untuk menampung permintaan pembangunan ladang buluh di Malaysia. Sehingga kini, pembinaan tapak semaian ini telah siap sehingga 95% dan pusat ini dijangka akan mula beroperasi pada bulan November tahun ini.

    Pelbagai program promosi juga turut dilaksanakan termasuk penyertaan dalam pameran tempatan dan antarabangsa seperti World Bamboo Day, MIFF, EFE, Wood and Lifestyle Fair, ARCHIDEX, persidangan luar negara, seminar dan hebahan menerusi media massa. Beberapa kursus turut dianjurkan dalam meningkatkan kesedaran semua pihak berkepentingan mengenai kerjaya serta prospek dalam industri buluh.” ujarnya.

    Login to enjoy full advantages

    Please login or subscribe to continue.

    Go Premium!

    Enjoy the full advantage of the premium access.

    Stop following

    Unfollow Cancel

    Cancel subscription

    Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

    Go back Confirm cancellation