• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

MCMC dan PDRM akan teliti SOP bagi mudahkan aduan buli siber

Spread the love

CYBERJAYA, 13 Julai 2024 – Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bahawa Kerajaan akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta mempertimbangkan keperluan untuk menggubal atau mewujudkan akta baharu dalam menangani isu buli siber di sambut baik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC menyifatkan bahawa pengumuman itu menghantar isyarat penting bahawa Kerajaan komited dan serius dalam menangani masalah buli siber yang berlaku sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Langkah itu juga akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih efektif selain membawa mereka yang terlibat ke mahkamah sekali gus memberi pembelaan sewajarnya kepada mereka yang terkesan.

Justeru MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.” kata MCMC.

Sinergi bersama PDRM juga akan dikukuhkan bagi memastikan inisiatif tersebut berkesan dan memberi impak kepada rakyat.

“MCMC dan Kementerian Komunikasi juga merancang untuk menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan mesej dan modul cegah buli siber di segenap lapisan rakyat.” kata MCMC.

Baru-baru ini seorang wanita tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan atau buli siber terhadap pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha. Rajeswary telah ditemui meninggal dunia di kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada 4 Julai, dipercayai ada kaitan dengan tekanan dhadapinya kerana menjadi mangsa buli siber.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation