• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

Spread the love

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 – Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,373 kes berbanding 2,805 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 80,441 kes berbanding 63,966 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

“Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 100 lokaliti berbanding 86 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 100 lokaliti yang dilaporkan, 74 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, enam (6) lokaliti di Perak, enam (6) lokaliti di WPKL & Putrajaya, empat (4) lokaliti di Kedah, dua (2) lokaliti di Pulau Pinang, satu (1) lokaliti di Negeri Sarawak dan satu (1) lokaliti di Sabah.

Bagi survelan chikungunya, terdapat tujuh (7) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-28. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 54 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28. Bagi survelan zika, sebanyak 1,437 sampel darah, lapan (8) sampel urin dan tiga (3) sampel cecair serebrospinal telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.” kata Muhammad Radzi.

Tambah beliau, sampah kulit buah-buahan seperti kelapa, durian, manggis dan rambutan juga berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sampah sebegini sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan dilupuskan secara berhemah boleh menakung air dan menjadi tempat yang sesuai untuk nyamuk bertelur, seterusnya meningkatkan risiko jangkitan denggi.

“Sewaktu musim buah buahan ini, masyarakat dan peniaga buah-buahan perlu memainkan peranan untuk terus menjaga kebersihan alam sekitar bagi mengekang penularan wabak denggi. Kegagalan masyarakat mengambil langkah pencegahan sewajarnya dikhuatiri membawa akibat lebih buruk termasuk risiko kehilangan nyawa.” ujarnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation