• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

OPKIM IPT @ PAHANG 2024 Berjaya Lahirkan Impak Positif Di Komuniti Felda Seroja Jengka 18

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2024 (Bernama) — Program Operasi Khidmat Masyarakat Institusi Pengajian Tinggi (OPKIM IPT) @ Pahang 2024, sebuah inisiatif kolaboratif antara Pejabat Menteri Besar Pahang, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. Program yang berlangsung selama empat hari dari 18 hingga 21 Julai lalu, melibatkan penyertaan aktif mahasiswa dari UNIRAZAK dan UMPSA.

Dilaksanakan di Felda Seroja Jengka 18, Maran, program ini telah memberi penekanan kepada pembangunan komuniti melalui pelbagai aktiviti yang menjurus kepada aspek keagamaan, pendidikan, komuniti, dan patriotisme. Pelajar-pelajar IPT telah berinteraksi secara langsung dengan pelajar sekolah rendah dan menengah serta komuniti setempat, mewujudkan hubungan yang erat dan memupuk semangat gotong-royong. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Majlis ini turut dimeriahkan dengan Majlis Malam Mahabbah Rasulullah SAW bersama Da’i Annas.

Melalui program OPKIM, setiap mahasiswa telah terlibat dalam Program Keluarga Angkat dimana mereka ditempatkan bersama 13 ahli keluarga angkat dari pendudukan Felda Jengka 18. Initiatif program keluarga angkat ini membolehkan mahasisawa lebih memahami kehidupan masyarakat setempat. Disamping itu, pelbagai aktiviti pendidikan dan kemahiran hidup telah dilaksanakan bersama pelajar Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 18 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 18.

Pihak OPKIM juga telah memberi sumbangan kepada warga emas dan pesakit kronik bagi membantu penduduk masyarakat Felda Jengka 18. Sumbangan yang diberikan adalah untuk bantuan asnaf kepada 40 orang penerima dari segi barang keperluan asas dan sumbangan wang tunai yang berjumlah RM3,200. Penutupan majlis OPKIM IPT @ Pahang turut dihadiri oleh YDH. CP Dato’ Sri Yahaya bin Othman, Ketua Polis Pahang untuk meluangkan masa bersama masyarakat setempat di Masjid Nurul Huda Jengka 18, Maran.

Program OPKIM IPT @ Pahang 2024 merupakan satu inisiatif yang sangat bermakna dan memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat. Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai graduan yang mempunyai semangat kepimpinan dan komitmen terhadap masyarakat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation