RM1 Juta Diperuntukkan Untuk Dana Esukan KBS 2024

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah melancarkan Dana Esukan KBS 2024 (Edisi Kedua) khusus untuk para pemegang taruh dan peminat ekosistem esukan tempatan. Dalam edisi kedua ini, jumlah peruntukan dana telah digandakan kepada RM 1 juta bagi membantu lebih banyak program dan inisiatif esukan dianjurkan di negara ini.

Susulan Dana Esukan KBS (Edisi Pertama) yang telah berlangsung dari November 2023 hingga Februari 2024, sebanyak RM250,000 telah diluluskan dan disalurkan kepada 14 penerima daripada 108 permohonan. Oleh itu, dengan peningkatan peruntukan dana dalam Edisi Kedua ini, dijangka dapat memberi impak positif kepada lebih ramai penerima manfaat serta memacu pertumbuhan ekosistem esukan negara.

Dana Esukan KBS diwujudkan bertujuan untuk memberi galakan kepada penggiat industri esukan tempatan supaya mereka dapat menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara esukan serta merancakkan ekosistem esukan negara. 

Dana ini meliputi pelbagai inisiatif, termasuk pembangunan bakat, penganjuran acara dan pertandingan esukan, inisiatif sains dan penyelidikan esukan, serta program esukan komuniti.  Pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang memerlukan bantuan dana bagi penganjuran program, pertandingan dan acara esukan dipelawa untuk memohon dana ini.

Permohonan Dana Esukan KBS 2024 hendaklah dibuat secara online menerusi pautan https://esportsintegrated.com/2024/07/24/dana-esukan-kementerian-belia-sukan-2024/ sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 27 Ogos 2024.

Dana berjumlah RM1 juta tersebut dibahagikan mengikut dua kategori berikut:

KategoriJumlah PeruntukanHad Pembiayaan Maksima
UmumRM 700,000RM 30,000 setiap permohonan
IPTA/IPTSRM 300,000RM 15,000 setiap permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan Dana Esukan KBS 2024:

KategoriSyarat-syarat
UmumMesti berdaftar di bawah SSM, PJS, ROY, atau ROSPermohonan mesti menyertakan dek program/acara yang terperinciPenonton dan peserta acara harus terbuka kepada umumPermohonan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Penilaian Dana EsukanMaksimum peruntukan bagi setiap permohonan: RM30,000.00
IPTA/IPTSKelab esukan/IPTA/IPTS  mesti berdaftar di bawah IPTA/IPTS Permohonan mesti menyertakan dek program/acara yang terperinci dan surat sokongan daripada pentadbiran IPTA/IPTSPeserta acara mesti daripada pelajar dari IPTA/IPTSPermohonan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Penilaian Dana EsukanMaksimum peruntukan bagi setiap permohonan: RM15,000.00

Semua permohonan yang lulus dan berjaya mestilah menganjurkan acara / program sebelum 30 November 2024.  Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Dana Esukan KBS 2024, sila hantarkan e-mel ke hey@esportsintegrated.com.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation