Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada jam 8:44 malam semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 8:44 malam, 5 Ogos 2024 |
Koordinat | : 6.6° Selatan 103.5° Timur |
Lokasi | : Barat Daya Sumatera, Indonesia |
Magnitud | : 5.2 |
Jarak | : 233km Barat Daya dari Bandar Lampung, Indonesia |
Kedalaman | : 10 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.
Be the first to leave a comment