• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

11 masjid dan surau terima sumbangan pembaikan dan penyelenggaraan

Spread the love

Oleh : Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI

PENGKALAN BATU 7 Ogos – Sebanyak 11 buah masjid dan surau menerima sumbangan secara ‘one-off’ daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, bagi tujuan itu MAIM memperuntukkan dana berjumlah RM241,000.

Rahmad yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, sumbangan itu secara tidak langsung membantu jawatankuasa masjid dan surau berkenaan menyediakan kemudahan serta persekitaran lebih selesa untuk umat Islam melaksanakan aktiviti ibadat atau majlis ilmu.

“Sumbangan ‘one-off’ ini bertujuan asal untuk menampung jumlah kutipan jawatankuasa masjid dan surau yang telah dilaksanakan, bukan menampung keseluruhan kos.

“Oleh itu, MAIM berharap masyarakat dapat bersama-sama menyumbang untuk menampung kos pembinaan dan pembaikan diperlukan agar semua pihak mendapat pahala, Insya-Allah.

“Pihak jawatankuasa masjid atau surau boleh berhubung dengan Bahagian Wakaf dan Mal MAIM untuk mendapat kebenaran kutipan khairat bagi memulakan pengumpulan dana. Sebagai makluman kepada semua penerima, diingatkan pihak jawatankuasa masjid, surau dan madrasah yang menerima sumbangan one-off ini perlu mengemukakan laporan bergambar bagi perlaksanaan kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaran untuk tujuan makluman selain pemantauan pihak MAIM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Program Sumbangan Pembaikan dan Pembinaan Masjid dan Madrasah Negeri Melaka (JKSPM) Bilangan 2/2024 diadakan di Bangunan MAIM, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha MAIM, Shaifulazlee Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata bagi 2023 MAIM menyediakan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan pembaikan masjid, surau dan institusi agama Islam untuk diperuntukkan pada tahun ini (tahun diterima).

“Setakat Julai lalu, sebanyak 39 institusi agama Islam Melaka telah menerima kelulusan sumbangan ini dengan nilai RM946,000 yang mana ia meliputi, 15 buah masjid, 21 surau, 2 surau sekolah dan 1 tanah perkuburan Islam.

“Manakala, usaha ini terus dilanjutkan pada hari ini dengan mengagihkan sumbangan ini kepada empat buah masjid dan tujuh buah surau membabitkan di dalam penempatan penduduk dan institusi agama,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation