• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Memperkasakan Penulisan Saintifik Memacu Masyarakat Madani

Spread the love

PORT DICKSON, 6 Ogos 2024 – Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) adalah antara pemboleh daya yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi serta menangani isu dan cabaran negara. Bagi membina kapasiti dan profesionalisme dalam bidang ini terutamanya dalam penerbitan saintifik, Agensi Nuklear Malaysia telah menjemput 13 orang pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan saintifik untuk melatih para peserta bagi meningkatkan mutu dan produktiviti hasil karya penulisan dan penerbitan saintifik.

Seminar dan Bengkel Penulisan & Penerbitan Saintifik yang danjurkan pada 6 hingga 8 Ogos 2024 itu memberi pendedahan dalam pelbagai aspek penulisan dan penerbitan termasuk hak cipta, undang-undang, cabaran, peranan dan masa depan penerbitan saintifik dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Dalam seminar itu turut diadakan bengkel dan pertandingan penulisan rencana popular untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada para peserta dalam bidang ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Puan Ruziah binti Shafei

“Kerjasama strategik di antara DBP dan Nuklear Malaysia sejak 2013 hingga kini telah membawa terhasilnya banyak penerbitan buku, artikel, glosari dan ensiklopedia dalam bidang sains nuklear dalam Bahasa Melayu. Dalam usaha kita hendak memastikan karya atau makalah yang diterbitkan mempunyai kredibiliti dan bermutu tinggi, selain bakat diri, perlu ada latihan dan bimbingan yang betul serta proses penyuntingan yang ketat hendaklah dilaksanakan.

Sebagai usaha yang berterusan, kolaborasi di antara kerajaan, industri, ahli akademik dan masyarakat untuk menerbitkan hasil karya masing-masing perlulah digalakkan bagi melengkapi fungsi dan misi masing-masing, di samping dapat mengekalkan ilmu-ilmu tersebut sebagai khazanah penting negara yang tidak ternilai harganya.” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Puan Ruziah binti Shafei di dalam ucapannya.

“Memperkasakan Penulisan Saintifik Memacu Masyarakat Madani” dipilih sebagai tema bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk membina sebuah masyarakat madani untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan. Penghayatan ilmu dan penguasaan kemahiran pemikiran aras tinggi dalam kalangan individu boleh menjadi pemangkin ke arah pembentukan masyarakat madani yang maju, berkat dan sejahtera dalam mengangkat martabat ummah.

Sebagai sebuah agensi yang mempunyai kepakaran dalam teknologi nuklear, Nuklear Malaysia bertanggungjawab untuk mengurus ilmu pengetahuan hasil daripada aktiviti penyelidikan dengan baik bagi memastikan kelestarian pengetahuan nuklear dan menjadi rujukan kepada generasi pelapis, universiti, para penyelidik dan orang awam. Nuklear Malaysia juga amat menitikberatkan aktiviti penerbitan dalam kalangan pegawai penyelidik, malah, penerbitan saintifik seperti kertas kerja, jurnal akademik dan buku ilmiah adalah beberapa hasil penyelidikan agensi yang sentiasa dihasilkan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation