PULAU PINANG, 9 Ogos 2024 – Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI Education Hub) Pulau Pinang telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang bertujuan untuk menaik taraf pendidikan dan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga universiti, pendidik, dan masyarakat umum.
Menurut Chang Lih Kang, permintaan untuk kepakaran dalam bidang AI semakin meningkat di pasaran kerja sejajar dengan peningkatan pelaburan yang diterima daripada syarikat-syarikat teknologi global seperti Microsoft, NVIDIA dan ByteDance.
Oleh yang demikian, hub itu bakal memainkan peranan yang penting dalam memenuhi permintaan bakat berkemahiran tinggi dalam industri teknologi khususnya dalam bidang AI.
“Justeru, kami mensasarkan seramai 3000 peserta yang akan terlibat dalam inisiatif AI Education Hub menjelang tahun 2025. Saya yakin fasiliti yang tersedia akan mampu mempersiapkan bakat negara dalam memacu pembangunan teknologi AI, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub AI terbaik di rantau ini,” tambah beliau.
Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan tersebut adalah yang pertama seumpamanya di Pulau Pinang dan merupakan inisiatif bersama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, serta disokong oleh Konsortium Pendidikan Kecerdasan Buatan yang terdiri daripada 13 organisasi ternama.
Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Artificial Intelligence Trainer GOTT-AIT-01, kit pembelajaran CocoPi, Quarky, EDU PICO AI Kit, dan peralatan AI seperti Intel GETI AI. Intel GETI adalah alat yang amat bermanfaat kerana ia
memudahkan dan mempercepatkan pembangunan model AI, menjadikan teknologi AI lebih mudah diakses oleh semua pihak. Alat ini juga menyediakan perkakas yang kukuh untuk mengoptimumkan prestasi, memastikan aplikasi AI berfungsi dengan cekap pada perkakasan Intel.
Sejak tahun 2022, Tech Dome Penang telah memberi fokus dalam usaha mengembangkan pendidikan AI. Antara inisiatif yang dijalankan termasuk cabaran AI Robotik yang dianjurkan dengan kerjasama MOSTI pada tahun 2022 dan 2023. Selain itu, kelas AI Robotik untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang juga telah dilaksanakan pada tahun 2022 dan 2023. Pada tahun lepas, Tech Dome Penang telah menubuhkan Konsortium Pendidikan Kecerdasan Buatan. Tahun ini, Tech Dome telah bekerjasama dengan Kapten 88, GoTT, dan Intel yang berperanan dalam memacu AI untuk pendidikan, terutama dalam AI4S (AI for Schools), AI4Y (AI for Youth), AI4Uni (AI for Universities). Tech Dome Penang juga terlibat dalam program Cikgu Juara Digital, kolaborasi antara MDEC dan INTEL Malaysia. Setelah banyak inisiatif dalam AI, kini Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan telah menjadi realiti untuk
semua.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment