• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Fadillah selamat tiba di Peru

Spread the love

PERU, 14 Ogos 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga (Energy Ministers Meeting – EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) telah selamat tiba di Lima, Peru.

Menurut Fadillah menerusi ciapan di Halaman X beliau, mesyuarat kali ini akan membincangkan mengenai hala tuju, dasar dan kerjasama dalam pertumbuhan mapan bagi bidang tenaga terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan usaha pengurangan jejak karbon di kalangan ekonomi APEC.

“Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) saya akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi mengenai aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang tahun 2050, menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Hala Tuju Eknomi Hidrogen (HETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Perkongsian dan libat urus mengenai inisiatif-inisiatif progresif oleh Malaysia ini mampu memberikan gambaran positif mengenai potensi pelaburan hijau negara kepada para pelabur dari rantau Asia Pasifik.

Selain mempromosi usaha serta komitmen pertumbuhan mapan negara, penyertaan Malaysia diharap akan mengukuhkan lagi imej dan kedudukan negara sebagai destinasi untuk pelaburan yang bersih dan bernilai tinggi.” katanya.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan sekerja dari ekonomi APEC dalam usaha meluaskan jaringan kerjasama dalam pelbagai bidang tenaga khususnya yang berpotensi menyokong komitmen dan inisiatif peralihan tenaga negara.

Fadillah turut berterima kasih kepada Tuan Mohamed Shahiran bin Mohamed Shah, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Republik Peru dan Mohd Al Hafis bin Hanapi, serta para pegawai kedutaan yang menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Jorge Chavez.

Beiiau turut berterima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia di Madrid dan Doha yang menyantuni beliau dan rombongan ketika transit di Lapangan Terbang berkenaan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation