Harga Diesel di Semenanjung turun 5 sen

Spread the love

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2024 – Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.25 seliter mulai hari ini hingga 21 Ogos 2024.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) ia adalah seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.

Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.” katanya.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos 2024 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter;

(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;

(iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.25 seliter; dan

(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.” tambah MOF.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation