• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

51 pelajar kolej keracunan makanan, 7 kafe diarah tutup

Spread the love

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI

AYER MOLEK 17 Ogos – Seramai 51 pelajar sebuah kolej, di sini, mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati juadah yang dijual di tujuh kafe institusi pengajian itu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kejadian dikatakan berlaku sejak Khamis dan berlarutan sehingga semalam.

“Beberapa pelajar mula mengadu sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam pada Jumaat sebelum dibawa oleh felo ke Hospital Jasin bagi mendapat rawatan.

“Keadaan itu berterusan sehingga petang semalam dan beberapa penghantaran pelajar dibuat pula ke klinik kesihatan dan menjadikan kesemua pelajar yang terbabit seramai 51 orang membabitkan 36 perempuan dan 15 lelaki.

“Hanya seorang pelajar sahaja yang dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut manakala mereka yang lain dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan balik ke asrama,” katanya.

Rahmad berkata, penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian hadir bagi membuat pemeriksaan serta siasatan ke atas pelajar.

“Buat masa ini tiada punca spesifik yang dapat dikenal pasti malah semua pelajar terlibat mengatakan mereka makan pelbagai menu daripada kesemua tujuh kafe itu.

“Oleh demikian, kesemua premis terbabit diarahkan tutup selama 14 hari sehingga 30 Ogos oleh KKM ia bagi membolehkan operasi pembersihan dan sanitasi untuk memutuskan rantaian keracunan,” katanya.

Tambahnya, vendor luar akan dibawa masuk untuk keperluan makanan dan minuman kira-kira 391 pelajar yang menetap di asrama.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation