• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Semangat Asean kuat di EMM14 – Fadillah

Spread the love

LIMA, PERU – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof berkata Semangat Asean begitu kuat sekali pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-14 (EMM14) di Lima, Peru, pada 15 dan 16 Ogos 2024, selain kejayaan mesyuarat itu sendiri yang telah mengeluarkan ‘Lima Statement’ – Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri Tenaga APEC Ke-14 .

Menurut Fadillah menerusi satu ciapan di Halaman X beliau, ‘Lima Statement’ menekankan komitmen ekonomi APEC untuk meningkatkan kerjasama dan kolaborasi ke arah memacu pembangunan tenaga secara menyeluruh dan lestari di rantau Asia-Pasifik.

“Selain menyuarakan pandangan Malaysia dalam tiga sesi intervensi pada mesyuarat EMM14 APEC selama 2 hari itu, saya turut mengambil kesempatan bertemu rakan-rakan Asean.

Saya telah mengadakan pertemuan dan perbicangan dua hala dengan Low Yen Ling (Singapore Senior Minister of State for the Ministry of Trade and Industry and Ministry of Culture, Community and Youth) ; Pehin Halbi; (Brunei’s Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II) dan Nguyen Hoang Long (Vietnam Deputy Minister of Industry and Trade).

Selain itu saya juga ada bertemu wakil Indonesia – Prof. Dr. Eng. Eniya Listiani Dewi (Indonesia Director General Ministry of Energy and Mineral Resources) ; Filipina – Felix William B. Fuentebella (Undersecretary for Policy and Planning, Department of Energy) dan Thailand – Mr. Petai Mudtham (Head of Inspector General Ministry of Energy), pada mesyuarat berkenaan.” kata Fadillah.

Tambahnya, dari segi maklum balas pada mesyuarat kali ini terutama diperingkat Asean itu sendiri, semangat Asean begitu kuat sekali.

“Apa yang kita kongsi mereka sambut baik dan mereka setuju supaya pada tahun depan fokus Grid Kuasa Asean diberi tumpuan, yang bertujuan memperkukuh ketersambungan dan keselamatan tenaga elektrik di seluruh rantau Asean.” ujarnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation