• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Cuti 26 Ogos tidak wajib untuk pekerja swasta

Spread the love

Oleh : Mohamad Fazrul Abdul Majid / MELAKA HARI INI

AYER KEROH 22 Ogos – Hari Kelepasan Am (Tambahan) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos ini (Isnin) tidak wajib diberikan kepada pekerja swasta.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Melaka Naziyah Said memaklumkan, hari kelepasan am itu boleh menjadi pilihan oleh majikan dalam sektor swasta di negeri ini.

Beliau bagaimanapun memaklumkan, sekiranya mana-mana majikan yang memilih cuti Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan cuti kelepasan am bergaji kepada pekerja pada 26 Ogos 2024.

“Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja untuk menggantikan cuti tambahan tersebut pada hari lain (selain 26 Ogos) sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan 26 Ogos 2024 (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Pengisytiharan itu dibuat selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation