• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Sambutan Hari Kebangsaan gilang-gemilang di lokasi baharu

Spread the love

Oleh : Liana Sahabudin / MELAKA HARI INI

SERI NEGERI 23 Ogos – Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir bagi bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad berkata, apa yang menarik adalah sambutan kali ini diadakan di lokasi baharu iaitu di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir.

“Sambutan ini diadakan di lokasi baharu yang lebih selesa dan bersesuaian dengan namanya, ia menyediakan ruang atau parameter lebih luas serta besar.

“Kita turut menjalankan penambahbaikan kemudahan untuk orang ramai seperti ‘Grand Stand’ Awam yang lebih banyak bagi keselesaan pengunjung,” katanya pada Wawancara Khas Bersama Melaka Hari Ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam.

Menurutnya, jumlah penyertaan perbarisan dan perarakan pula dijangka melebihi 10,000 orang mewakili 140 kontinjen pelbagai jabatan serta agensi kerajaan, badan berkanun negeri selain persekutuan.

Jelas beliau, turut mengambil bahagian adalah wakil agensi dan syarikat swasta, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta, sekolah seluruh Negeri Melaka, kelab serta persatuan.

Mengulas lanjut, Azhar berkata selaras dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sambutan kali ini adalah bagi meningkatkan semangat cintakan negara dan Negeri Melaka.

“Penganjuran sambutan akan menyemarakkan lagi kedatangan pelancong-pelancong domestik dan antarabangsa ke Melaka yang merupakan pusat pelancongan kaya dengan pelbagai nilai sejarah dalam negara kita sendiri.

“Justeru, saya mengambil kesempatan mengajak orang ramai untuk merebut peluang dan kesempatan sempena cuti ini dengan mengunjungi pelbagai lokasi pelancongan sekitar Negeri Melaka,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation