Misi perniagaan khas francais ke London berpotensi raih pelaburan melebihi RM34 juta

Spread the love

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2024 – Misi Perniagaan Khas Francais Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ke London berpotensi meraih pelaburan melebihi RM34 juta. Misi tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, pada 13 hingga 17 Ogos 2024.

Misi tersebut telah disertai oleh lapan usahawan francais Malaysia iaitu syarikat UCMAS, Little Caliph, Marrybrown, Global Art, CIC Where Leaders Are Born, Q-Dees, Beard Brothers dan EL&N.

Menurut KUSKOP, pemilihan syarikat adalah berdasarkan potensi untuk mengembangkan perniagaan di United Kingdom menerusi kerjasama strategik antara Persatuan Francais Malaysia (MFA), Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara.

“Kami berharap dengan adanya kerjasama strategik ini, usahawan francais Malaysia akan dapat memanfaatkan peluang-peluang yang tersedia untuk berkembang lebih jauh di peringkat global. Lawatan ini juga bertujuan membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam antara usahawan Malaysia dan UK serta mencari jalan untuk memanfaatkan potensi dan peluang pasaran di kedua-dua negara,” kata Suriani.

Beliau juga menambah bahawa KUSKOP komited untuk terus membantu usahawan Malaysia terutama dalam menyediakan kemudahan dan sokongan yang diperlukan bagi menembusi pasaran antarabangsa.

Antara pengisian misi itu adalah pertemuan dengan pihak industri, diaspora Malaysia dan Malawakil Malaysia di London, lawatan kerja ke Battersea, syarikat francais Café EL&N milik syarikat United Kingdom yang mempunyai cawangan EL&N di Malaysia serta Meet Bros Steakhouse iaitu usahawan francais Malaysia yang telah beroperasi di United Kingdom. Selain itu, perbincangan meja bulat bersama kesemua lapan usahawan syarikat francais turut diadakan bagi merangka strategi potensi francais di United Kingdom.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation