• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Fadillah rasmikan Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja

Spread the love

KUCHING, 25 Ogos 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah merasmikan Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Di majlis tersebut, Fadillah turut menegaskan isu buruh paksa dan eksploitasi pekerja adalah perkara asas yang perlu diambil tahu secara serius oleh setiap majikan dan pemain industri.

Kredit Foto: Halaman Facebook rasmi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof

Katanya lagi, pada tahun ini, Malaysia telah diletakkan dalam Tahap 2 atau Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia, oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS), setelah berada di Tahap 2 Pemerhatian atau “Tier 2 Watch List” pada Tahun 2023.

Sebelum itu , Malaysia berada di Tahap 3 atau “Tier 3” dua tahun berturut-turut , iaitu pada tahun 2022 dan 2021.

“Kedudukan Malaysia bertambah baik hasil usaha berterusan pelbagai pihak dalam menjayakan agenda bebas buruh paksa dan kita mensasarkan Tahap 1 atau “Tier 1” menjadi matlamat negara.

Usaha ini tidak boleh berhenti di sini sahaja tetapi perlu berterusan serta disambut semua sektor dan pemain industri.” kata Fadillah menerusi satu hantaran di Halaman Facebook rasmi beliau.

Kredit Foto : Halaman Facebook rasmi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof

Berdasarkan jumlah kes buruh paksa / pemerdagangan orang di Malaysia :

  • Januari sehingga Julai 2024 : 2 kes (kedua-duanya di Semenanjung)
  • Sepanjang 2023 – 12 kes (11 kes di Semenanjung, 1 di Sarawak)
  • Sepanjang 2022 16 kes (15 kes di Semenanjung, 1 di Sabah)

“Walau jumlah kecil, kita tidak boleh pandang ringan kerana kebebasan asas seseorang dinyatakan dalam Perkara 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Antaranya ialah Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh ditahan sebagai hamba abdi dan segala bentuk kerja paksa adalah dilarang.

Penggunaan “tiada seorang pun” merangkumi semua orang, iaitu warganegara dan bukan warganegara termasuk pekerja migran, berdokumen atau sebaliknya.” kata Fadillah.

Tambahnya, pekerja-pekerja migran, yang berdokumen atau tidak berdokumen, berhak untuk mendapat hak berpelembagaan di Malaysia.

“Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan menggunakan perkataan “orang” dan bukan “warganegara” dan bahawa hak-hak yang dijamin oleh kesamarataan diperluaskan kepada migran yang berdokumen atau tidak berdokumen.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan pegawai penguatkuasa untuk melindungi setiap mangsa buruh paksa di Malaysia.

Semoga kerjasama dan koordinasi antara JTK Sarawak dan agensi penguat kuasa berkaitan di Sarawak, juga kerjasama majikan, akan dapat membantu membanteras isu buruh paksa dan pemerdagangan orang.” ujarnya.

Antara penyampaian yang signifikan adalah

• Peningkatan bilangan kes penyiasatan dan pendakwaan terhadap pemerdagangan orang

• Penganjuran program kesedaran

• Peningkatan kerjasama antara jabatan dan agensi, yang diterajui Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipenyeludupan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam mencegah serta membanteras buruh paksa.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation