SANTUNI MADANI POLYCC : PSA Sumbang Katil Hospital Untuk Penduduk Kampung Bendang Siam

Spread the love

CHANGKAT JERING, 25 Ogos 2024 – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) melalui Seeds@PSA telah menyerahkan dua buah katil hospital untuk kegunaan penduduk Kampung Bendang Siam menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (SANTUNI MADANI) POLYCC, di sini semalam.

Pengarah PSA, Zainah Rujihan serta Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSA Muhammad Faiz Abdullah menyerahkan katil tersebut kepada salah seorang penerima iaitu Hawa Muhammad, 72, yang menghidapi penyakit kencing manis dan dan lain-lain penyakit lain serta merupakan OKU pendengaran.

Bagi penerima kedua pula merupakan ibu tunggal yang menghidapi radang sendi dan masalah paru-paru yang dikenali sebagai Habsah Syafie, 42.

Sementara itu, Penghulu Mukim Bukit Gantang, Muhamad Fadzil Abd Mutalib, 46, berkata pihaknya sangat berterima kasih atas inisiatif yang diambil oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunti (JPPKK) dalam membantu komuniti Kampung Bendang Siam.

“Kita sangat berterima kasih. Mereka pun memang dah lama cari katil hospital. Penerima ini merupakan golongan B40 dan penerima bantuan eKasih. Jadi mereka sangat memerlukan.”

Dalam pada itu Muhamad Fadzil turut menyambut baik Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).

“Program-program TVET ini mampu menyumbang kepada komunti melalui kemahiran yang mereka miliki.”

Turut serta pada sesi penyerahan ini adalah Pengarah Kolej Komuniti Batu Gajah (KKBG), Mohd Fadzil Ibrahim serta pegawai-pegawai PSA dan POLYCC Zon Perak.

Sementara itu, Zainah berkata Seeds@PSA merupakan sebuah pertubuhan ‘social entreprise’ berasaskan kepada hub peralatan sokongan kesihatan melalui perkhidmatan pengumpulan, baik pulih dan penyewaan katil hospital wakaf bagi membantu warga tua dan pesakit kronik yang memerlukan.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada penerima serta keluarga.”

Selain penyerahan katil hospital turut disampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan harian.

Program SANTUNI MADANI adalah merupakan inisiatif oleh YAB Perdana Menteri kepada setiap pemimpin ini antara lain bertujuan berkongsi kepakaran dan keprihatinan kepada komuniti.

Untuk rekod Kampung Bendang Siam merupakan kampung kelahiran Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation