Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Jawa, Indonesia pada jam 8:57 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut
Waktu Kejadian
: 8:57 malam, 26 Ogos 2024
Koordinat
: 9.0° Selatan 110.1° Timur
Lokasi
: Jawa, Indonesia
Magnitud
: 5.3
Jarak
: 132km Selatan dari Yogyakarta,Indonesia
Kedalaman
: 79 km
Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Be the first to leave a comment