• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Inisiatif Amanahraya-Kenedix Sokong Usaha Konservasi Harimay Malaya

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2024 – DYMM Seri Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan merasmikan lukisan kanvas Harimau Malaya terbesar di Malaysia menerusi inisiatif program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh anak syarikat Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) iaitu AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd.

Hadir sama adalah Pengerusi AmanahRaya, Yang Berbahagia Tan Sri Idrus Bin Harun, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Pengarah Urusan AmanahRaya-Kenedix, YM Tunku Rozita Tunku Abdul Malek juga barisan Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan AmanahRaya.

Tan Sri Idrus Harun dalam sembah ucapannya berkata, AmanahRaya-Kenedix telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen ‘Konservasi Harimau Malaya’ yang bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memulihara Harimau Malaya atau Panthera Tigris Jacksoni dengan kerjasama Persatuan Pelindung Harimau Malaya (RIMAU) di Vista Tower, The Intermark, Kuala Lumpur.

Tambah beliau, menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) populasi Harimau Malaya liar di Malaysia telah menurun daripada lebih kurang 1,000 ekor pada tahun 1970an kepada kurang daripada 150 ekor sehingga kini kerana pelbagai ancaman seperti pemburuan haram. Inisiatif ini juga diwujudkan selaras dengan keperluan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) yang perlu dipraktikkan oleh setiap syarikat korporat juga warga kerja Kumpulan AmanahRaya.

YM Tunku Rozita dalam sembah ucapannya ketika memberi penerangan mengenai kanvas lukisan Harimah Malaya berkata, lukisan gergasi yang terhasil melalui gabungan 16 kanvas dengan kelebaran keseluruhan 23-meter persegi ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif AmanahRaya-Kenedix dan RIMAU untuk membantu dalam konservasi Harimau Malaya yang menjadi satu indikator penting bagi biodiversiti dan kemandirian spesies ini di hutan negara kita.

Bermula hari ini turut diadakan pameran hasil karya seni berkaitan Harimau Malaya yang akan dijual kepada orang ramai dan sebahagian daripada hasil penjualan karya seni akan disalurkan ke dalam Tabung Kempen Selamatkan Harimau Malaya anjuran RIMAU, ujar beliau lagi.

Kanvas Lukisan Harimau Malaya yang dihasilkan oleh pelukis mural terkenal Malaysia, Puan Lina Ali, disiapkan dengan bantuan Pengurusan dan Warga Kerja Kumpulan AmanahRaya menerusi program CSR mewarna-Harimau Malaya yang telah diadakan pada 30 Mei dan 31 Mei 2024.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation