MELAKA, 16 NOVEMBER 2024 – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta agensi di bawahnya telah memulakan siri pertama jelajah PETRA Skuad Zon Selatan bermula di Melaka, hari ini.
Menurut PETRA, PETRA Skuad adalah inisiatif turun padang oleh Kementerian untuk meninjau dan mendapatkan maklum balas langsung mengenai isu tenaga dan air tempatan serta mencari solusi terbaik dalam merangka pelan tindakan bagi memastikan bekalan yang berterusan, mampan, inklusif dan selamat demi kesejahteraan rakyat.
“PETRA Skuad turut sama menekankan agenda penguatkuasaan dan memperkasa pelaksanaan dasar dalam sektor tenaga dan air oleh PETRA dan agensiagensi di bawahnya.” katanya.
Majlis Serahan Projek Siap kepada Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Bougainvilla, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Lawatan ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Alor Gajah Fasa 1 Melaka merupakan
acara utama dalam siri PETRA Skuad Zon Selatan (Melaka).
Semasa majlis tersebut, Fadillah bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh telah menyaksikan penyerahan lima (5) projek siap daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia kepada Kerajaan Negeri Melaka melibatkan peruntukan Persekutuan berjumlah RM28.6 juta yang terdiri daripada dua (2) Projek Pemuliharaan Muara, satu (1) Projek Mencegah Hakisan Pantai dan dua (2) Projek Pembinaan Stesen Hidrologi iaitu:-
(i) Projek Pemuliharaan Muara-Muara Sungai di Negeri Melaka – Muara Sungai Baru, Melaka;
(ii) Projek Pemuliharaan Muara-Muara Sungai di Negeri Melaka – Muara Sungai Punggor, Melaka;
(iii) Projek Mencegah Hakisan Pantai Telok Gong, Alor Gajah, Melaka;
(iv) Kerja-kerja Pemasangan dan Naiktaraf Peralatan Mekanikal dan Elektrikal Bagi Stesen Rangkaian Hidrologi Nasional (RHN) Serta Kerja-kerja Yang Berkaitan di Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan Dan Melaka (Zon 1); dan
(v) Projek Pembinaan Stesen Hidrologi Telemetri dan Kerja-kerja Berkaitan di Negeri Melaka Untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) Fasa 2.
“Penyelesaian tiga (3) projek pemuliharaan muara dan hakisan pantai bakal memberi manfaat dan perlindungan kepada seramai hampir 1,000 penduduk dan nelayan daripada risiko banjir pantai dan hakisan pantai di kawasan tersebut. Sementara itu, projek pembinaan 14 stesen hidrologi yang melibatkan 3 buah di Melaka Tengah, 5 buah di Alor Gajah dan 6 lagi di kawasan Jasin pula akan memberikan lebih manfaat penduduk sekitar dengan memberi amaran awal kepada penduduk sebelum berlakunya bencana banjir.
Tinjauan YAB Dato’ Sri Fadillah bin Haji Yusof bersama rombongan PETRA Skuad ke tapak Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Alor Gajah Fasa 1 pula bertujuan untuk melihat perkembangan projek RTB bernilai RM30 juta yang telah mula dilaksanakan di tapak sejak Ogos 2022 serta dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2025. Melalui pelaksanaan projek ini, dijangkakan seramai 1,275 penduduk di kawasan persekitaran dengan keluasan 418 hektar akan terhindar dari risiko bencana banjir.” tambah PETRA.
Antara acara yang terlibat sepanjang jelajah PETRA Skuad ini adalah persinggahan ke EV GENTARI Charger di Hentian Sebelah Senawang; tinjauan Ops Sedut Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. di Masjid ArRasyidin, Alor Gajah; kunjungan ke i 2 Solar Park, Masjid Tanah, Melaka; lawatan ke tapak Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih, Alor Gajah; tinjauan inisiatif pemasangan Melaka Smart Metering serta operasi pemeriksaan penggunaan perangkap gris di premis makanan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan sesi pemeriksaan kelengkapan elektrik di premis peruncit oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) di Ayer Keroh, Melaka.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment